Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Isnin, 3 Oktober 2011

Artikel Kak Nin - CERITA " BUNGA TELUR ...? "

Dulu kalau sebut sahaja majlis kenduri kahwin, bunga telur pasti menjadi kemestian. “BUNGA TELUR” telah menjadi ikon penting dalam adat perkahwinan melayu. Bunga telur dijadikan hadiah istimewa dari pengantin dan keluarga kepada para tetamunya. Bak kata orang tak sah pergi kenduri kalau tidak bawa pulang bunga telur di tangan. Malah ada orang yang menjadikan bunga telur sebagai satu koleksi simpanan untuk dijadikan kenangan.

Bunga telur telah menjadi penyeri utama pentas-pentas pelamin. Pelamin kelihatan istimewa dan meriah sekali dengan adanya pahar-pahar bunga telur yang lengkap dihias dengan punjutan-punjutan (bungkusan kecil) pulut kuning.

Kini... keistimewaan bunga telur seolah-olah telah kian dipinggirkan. Bunga telur tidak lagi menjadi hiasan utama pentas-pentas pelamin. Gubahan bunga-bunga segar atau bunga tiruan digunakan untuk menghiasi pelamin. Malah ada segelintir designer pelamin yang tidak mahu langsung menggunakan atau meletakkan bunga telur pada pentas-pentas pelamin rekaan mereka. Alasannya tak sesuai dengan tema katanya..... Pada saya kalau anda designer yang bagus itu bukanlah alasan yang tepat. Mengapa tak designkan sekali bunga telur yang sesuai dengan tema anda itu. Apapun tepuk dada tanya selera.


Sekadar mahu berkongsi cerita dengan pembaca....

Kenapa agaknya bunga telur dan telur menjadi pilihan tok nenek kita dulu-dulu?... Sebenarnya dulu-dulu telur mudah dan boleh didapati dalam kuantiti yang banyak, malah tak payah beli pun. Kebanyakan rumah bela ayam. Jadi bila saja satu majlis kenduri kahwin ( sambut menantu ) mahu diadakan pak long , mak ngah , pak su , tok wan dan jiran tetangga akan berpakat mengumpul telur-telur ayam mereka untuk disumbangkan kepada tuan rumah pengantin. Dahulu gotong royong membungkus telur bersama sanak saudara telah menjadi satu acara rasmi yang meriah, sehari sebelum majlis kenduri berlangsung. Ia biasanya dilakukan oleh anak-anak muda dan inilah masanya untuk mereka beramah mesra dan senda gurau dengan sepupu sepapat mereka.

Telur telah menjadi pilihan kerana ketahanannya dan digemari oleh semua peringkat umur selain menjadi salah satu sumber protein yang mudah didapati. Telur yang telah direbus boleh tahan hingga 2 atau 3 hari, malah sehingga lebih seminggu jika di rebus dengan lebih lama bersama rempah ratus istimewa yang mana pada sesetengah tempat dipanggil “telur pindang”. Pada sesetengah adat pula telur melambangkan “kesuburan”dan menjadi satu nilai simbolik kepada keberkatan majlis perkahwinan yang dijalankan.

Kini dek tuntutan masa yang tidak begitu mengizinkan jarang sekali orang akan bergotong-royong membuat bunga telur atau membungkus telur. Memang diakui bunga telur amat memerlukan kreativiti dan ketelitian untuk menghasilkannya . Tidak ramai yang masih sanggup duduk menghabiskan masa membuatnya. Lagi pula kini bunga telur telah boleh didapati dengan mudah di pasaran. Bunga telur telah dihasilkan melalui produksi keluaran Negara China atau Vietnam dan dijual dengan harga yang murah. Namun secara peribadi saya kurang menghargai kualitinya. Ini mungkin kerana bukan hasil kerja tangan orang Melayu kot.... Dan mungkin sebab tu jugalah orang sekarang kurang menghargai keunikan bunga telur sebagai cenderahati istimewa dari pengantin. Dapat bunga telur ambil isi dan buang ....dush!!!. termasuklah saya sendiri....Bukan apa kekadang bunga telur yang di bagi tu bak kata orang ....entahlah......lu pikirlah sendiri, bak kata Nabil!!  Kata orang ada rupa ada harga. Yang penting ikhlas ketika memberi.


Tentu masih ada yang ingat gambar bunga telur kat atas tu. Kalau ada yang mesih perasan inilah diantara  bunga telur yang popular satu masa dulu. Bunganye diperbuat daripada kertas bunga berwarna yang dibentuk dan dipintal menjadi bunga. Cuba perhatikan penggantung telur tu ... apa komen anda..? Unik dan kreatifkan. Walaupun mungkin ada yang kata.. buat penat je. Rasa-rasa masih ramai lagikah yang sanggup menghabiskan masa membuatnya.
Tentu ramai yang ada memiliki bunga telur sebegini. Boleh dikatakan trend sekarang la. Apa anda buat ye. Bukan nak kata tak cantik. Memang cantik, tapi  kalau banyak bila diletak serumpun dalam paharnye. Kalau dapat satu je.. nak letak kat mana ye?. Buh dalam balang..nampak togel la pulak. Sudahnye... dush...!
TIPS MEREBUS TELUR.

1) Jangan lupa basuh semua telur dulu. Kena rajin baru la” HALALAN TOYYIBA”

2) Bungkus beberapa biji telur dalam beg plastik yang di tebuk beberapa lubang kecil. (kalau merebus untuk kuantiti yang banyak). Bukan apa senang nak angkat telur keluar nanti. tak le jenuh kutip satu-satu nanti.

3) Letakkan telur dan air serentak atas api.

4) Rebus hingga mendidih . Pastu padamkan api dan biarkan telur dalam air rebusan sehingga buih-buih kecil hilang. Barulah angkat keluar. Gerenti telur dah masak punye.

5) Kalau nak telur tak mudah retak dan mudah dikupas celup dalam air sejuk sebaik ia diangkat.

Untuk menjadikan telur rebus anda tahan lama simpan dalam beras. Ini dapat mengelakkan lubang-lubang halus pada kulit telur dimasuki angin.


















Tiada ulasan: