Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Khamis, 19 Januari 2012

Gubahan Hantaran - Tema Hijau Olive ( Kak Normah - Kapar )

-->
GUBAHAN HANTARAN – TEMA HIJAU OLIVE
Mungkin ada yang perasan, sama je macam gubahan encik Khairul aritu. Memang sama pun. Tapi yang ni kaknin gubahkan versi istimewa buat Kak Normah . Sebenarnya atas permintaan Kak Normah sendiri yang dah berkenan sangat dengan tema warna gubahan hantaran encik Khairul tu. Kak Normah kata nak sama macam  ni..So...kaknin cuba buatkan yang sama tapi tak serupa tau.! Khas buat Kak Normah untuk majlis pertunangan adiknya Anis Suriyani. Semuanya ada 9 dulang hantaran. Tahniah ..!. dan “selamat bertunang” ye Anis..
SIRIH JUNJUNG – membalas adat

-->
SENASKAH AL-QURAN – khas buat cik abang
-->
GUBAHAN SEJADAH – rekhal
 
-->BAJU MELAYU & SAMPIN – pasti segak dan bergaya..

-->
GUBAHAN SONKOK – pakai ni.. baru la lengkap
 
-->GUBAHAN SEPASANG KASUT, “WALLET & BELT”

-->
“TOILETRIES” – pasti segar dan wangi...
 
-->SEBAKUL BUAH
-->
GUBAHAN COKLAT – sedap.. memang sedap..!