Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Ahad, 20 Januari 2013

Gubahan Hantaran Terkini 2013



GUBAHAN HANTARAN TERKINI 2013

Tentu ramai yang tercari-cari idea untuk dijadikan tema gubahan hantaran pertunangan mahupun perkahwinan yang mungkin akan berlangsung pada tahun 2013 ini. Disini KakNin cuma nak berkongsi idea dan mungkin ia dapat membantu anda mencari tema yang sesuai untuk gubahan hantaran anda nanti tampil lebih istimewa dan esklusif buat yang tersayang.

Kalau sebelum ini ramai orang hanya memikirkan warna apa yang sesuai untuk dijadikan tema hantaran...apa kata untuk tahun 2013 ini, buat sedikit kelainan dari biasanya...

Cuba jadikan minat, hobi atau apa-apa sahaja yang anda benar-benar suka sebagai tema hantaran anda....maksud KakNin kalau anda suka scuba, memancing atau mungkin anda gemar kepada pantai atau lautan, jadiakan ia sebagai tema hantaran anda.

Atau mungkin...anda suka sangat makan buah strawberi atau bau haruman strawberi..gunakan ia sebagai tema anda.

Gunakan elemen-elemen barangkali seperti karangan laut, pasir , coral atau mungkin butiran mutiara sebagai bahan dekorasi gubahan untuk merialisasikan tema gubahan hantaran anda itu.

Dan...kalau yang meminati buah strawberi tadi tuu...mungkin anda boleh kombinasikan keunikan buah strawberi dengan bunga-bunga segar kegemaran anda. Cuba bayangkan....keharuman asli buah strawberi bergabung dengan wangian bunga ros yang segar..fuhh!!....pasti nyaman sekalikan.

Dan...bayangkan pula warna buah strawberi yang merah menyelerakan tuu..anda kombinasikan dengan kuntuman ros putih...pasti menyelerakan..kan..kann...mesti teliuq sesiapa yang memandangnya...huhu..

Kongsikan saja hobi atau apa-apa yang menjadi kesukaan anda itu dengan orang yang tersayang. Ini secara tak langsung dapat menjelaskan siapa diri anda dan apa yang menjadi kesukaan anda dengan pasangan anda terutamanya. Pasti hari bahagia anda akan menjadi lebih istimewa dan diingati serta menjadi kenangan istemewa bukan saja buat diri anda sendiri juga dikongsi bersama sanak saudara dan sahabat-sahabat anda.

Dalam entry ni KakNin kongsikan beberapa gubahan bertemakan “Di Ranting Kayu’ yang mungkin sedikit sebanyak dapat menjelaskan gambaran apa yang KakNin kongsikan dengan anda tadi..
 

TEMA GUBAHAN – “ DI RANTING KAYU ”


GUBAHAN SIRIH BERSERTA CINCIN PERTUNANGAN

                                    GUBAHAN BUAH STRAWBERI


GUBAHAN TELEKUNG

GUBAHAN SEJADAH
 

Tiada ulasan: