Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Rabu, 14 Disember 2011

Hantaran Pertunangan " Kilauan Emas " ( Kak Roza - Klang )

-->
HANTARAN PERTUNANGAN “KILAUAN EMAS”
Kalau untuk  merisik  tempoh hari kaknin telah sediakan sebakul gubahan berhias kuntuman mawar merah, kali ini Kak Roza sendiri telah memilih tema warna emas untuk menghiasi gubahan hantaran pertunangan puteranya. (koleksi bunga dulang Sentuhan nin BDGE-33). Memang istemewa sekali  . Semoga Kak Roza dan puteranya gembira dan berpuas hati ye.
Antara 7 dulang hantaran yang telah kaknin gubah:-
1)   Sirih junjung
2)   Tempat meletak cincin tanda
3)   Bunga rampai
4)   Telekung & sejadah
5)   Kain pasang
6)   Bekas kuih
7)   Kek pertunangan
  
-->Gubahan Sirih Junjung - Pembuka bicara

-->Berhias indah si cincin tanda

-->Gubahan Bunga Rampai - Semerbak mewangi

-->
Gubahan Telekung & Sejadah - Bunga di dalam sangkar

-->
Gubahan Kain Pasang - Sangkar emas berbunga

-->
Gubahan Sebekas Kuih - Emmp!!..memang sedap.

-->Gubahan Kek Pertunangan

-->
"Terima kasih Kak Roza dan sekeluarga"

PROMOSI ..!! PAKEJ MERISIK...




Sudah dirisik barulah menyusul rombongan meminang. Dah jadi adat melayu tak manis kalau datang bertandang tak bawa buah tangan. Sebagai pelengkap adat , selain menyediakan gubahan hantaran pertunangan dan perkahwinan kaknin juga menyediakan pakej yang ringkas dan sesuai sekali  untuk dibawa merisik. Pakej 3 dalam 1, lengkap dengan gubahan sirih tanya, tempat  meletak cincin tanya  dan buah tangan untuk dibawa bertandang ke rumah bakal besan. Kaknin yakin hajat anda akan difahami oleh...?...(kalau bakal besan orang melayu la..) tak perlu bersusah payah menyusun pantun. Insyaallah.. jadi.




Khas buat Kak Roza yang pertama kali hendak pergi merisik buat puteranya. Maaf kak, nin tumpang letak cincin tu ( bukan cincin sebenar).


Taniah kak Roza  dan terima kasih ye. Nin tumpang gembira..

Gubahan Hantaran Pertunangan " Fresh Flower " ( Ikmal - Bukit Kapar )

-->
-->
GUBAHAN HANTARAN PERTUNANGAN “FRESH FLOWER”
Untuk merialisasikan majlis pertunangan encik Ikmal dan pasangan Istimewanya dan atas permintaan encik Ikmal sendiri kak nin telah bertungkus lumus menyediakan 9 dulang hantaran menggunakan  “fresh flower”. Kak nin harap kalian gembira dan puas hati dengan hasilnya. Jangan tunggu lama-lama ye. Kak nin tunggu berita gembira dari kalian.
Antara barang-barang hantaran yang digubah:-
1)   Sirih Junjung, Duit tanda & tempat cincin
2)   Kek pertunangan
3)   Sejadah dan telekung
4)   Sepasang baju kurung & tudung (Ariani)
5)   Perfume
6)   Koleksi alat solek Elizabert Arden
7)   Dompet dan Make-up
8)   Jam tangan
9)   Buah-buahan.
-->Sirih Junjung- pembuka bicara , mengikat janji
-->
Kek pertunangan- Sweet...nye..!

-->
Telekung & Sejadah- Tepati janji, tunaikan kewajipan

-->
Sepasang Baju Kurung dan Tudung- pasti ayu si gadis melayu

-->
Perfume- Seharum bunga mawar

-->
Koleksi Alat Solek Elizabert Arden

-->
Make-up dan Beg duit- Pasti tampil anggun

-->
Jangan lupa letak jam tangan nye ye..

-->
Sudah menjadi adat bertandang, jangan lupa bawa buah tangan


-->
Tahniah dan selamat bertunang Ikmal. Terima kasih banyak-banyak dan maaf kalau ada yang tak kena ye.