Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Khamis, 8 Disember 2011

Gubahan Hantaran Pink Silver ( Asmah - Klang )

-->
Lama rasanya tak usik blog kak nin ni. Maklumlah ujung tahun sibuk dan kelam- kabut sikit  musim orang meminang dan naik pelamin. Alhamdullillah murah rezeki hujung tahun ni dan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah sudi membuat tempahan gubahan hantaran dan bunga telur . Terima kasih sekali lagi kerana memberi kepercayaan pada kak nin untuk memberikan sesuatu yang istimewa buat si dia yang teristimewa dalam hidup kalian. Bagi yang bertunang... jangan tunggu lama-lama ye. Dan...yang dah selamat naik pelamin tu..kak Nin doakan semoga kalian bahagia, dimurahkan rezeki serta tetap bersama sehingga ke akhir hayat. Amin...
GUBAHAN HANTARAN PINK- SILVER
Tema warna pink-silver telah dipilih sendiri oleh cik Asmah untuk mewarnai 7 set gubahan hantaran pertunangannya. Semua gubahannya digubah dalam bakul supaya senang nak dibawa kerana majlisnya akan berlangsung di Johor.  
 
-->
Inilah barang-barang yang hendak digubah. 1) Baju kemeja. 2) Coklat Cadbury. 3) Perfume. 4) Kain tenun (pelekat). 5) Sejadah & tasbih. 6) Selipar Esprit. 7) Bakul buah.

-->
BAJU KEMEJAPasti tampan cik abang memakainya nanti

-->
COKLAT CADBURY- Segak  tak coklat ni dah pakai riben.

-->
KAIN TENUN “AYAM SERAMA”- Kain pelekat keris melayu cap ayam serama , ok tak nama tu..

-->
KOLEKSI PERFUME ADIDAS - Emm... wangi

-->
SEJADAH DAN TASBIH - Semoga tenang jiwa

-->
SEPASANG SELIPAR ESPRIT - Selesanya..

-->
BAKUL BUAH - Buahnya tak beli lagi..

-->
Kak nin harap asmah puas hati ye.. terima kasih banyak-banyak.