Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Isnin, 28 Mei 2012

Gubahan Hantaran -Dark Purple & Light Purple ( Kak Roza - Klang Utama )

-->
Terima kasih banyak –banyak buat Kak Roza …sayyyang akak. Kali ni Kak roza hantar gubahan untuk anak saudaranya pula. Semuanya ada 7 dulang. Terima kasih sekali lagi sebab bagi kepercayaan pada nin ..
GUBAHAN BEG TANGAN

-->
GUBAHAN KAIN PASANG & SELENDANG LACE
GUBAHAN KAIN PASANG

GUBAHAN SEPASANG KASUT

KOLEKSI ALAT SOLEK AVON

GUBAHAN SEJADAH & KAIN TELEKUNG

GUBAHAN TUALA ...kita minum dulu.....





 

Khamis, 19 Januari 2012

Gubahan Hantaran - Tema Hijau Olive ( Kak Normah - Kapar )

-->
GUBAHAN HANTARAN – TEMA HIJAU OLIVE
Mungkin ada yang perasan, sama je macam gubahan encik Khairul aritu. Memang sama pun. Tapi yang ni kaknin gubahkan versi istimewa buat Kak Normah . Sebenarnya atas permintaan Kak Normah sendiri yang dah berkenan sangat dengan tema warna gubahan hantaran encik Khairul tu. Kak Normah kata nak sama macam  ni..So...kaknin cuba buatkan yang sama tapi tak serupa tau.! Khas buat Kak Normah untuk majlis pertunangan adiknya Anis Suriyani. Semuanya ada 9 dulang hantaran. Tahniah ..!. dan “selamat bertunang” ye Anis..
SIRIH JUNJUNG – membalas adat

-->
SENASKAH AL-QURAN – khas buat cik abang
-->
GUBAHAN SEJADAH – rekhal
 
-->BAJU MELAYU & SAMPIN – pasti segak dan bergaya..

-->
GUBAHAN SONKOK – pakai ni.. baru la lengkap
 
-->GUBAHAN SEPASANG KASUT, “WALLET & BELT”

-->
“TOILETRIES” – pasti segar dan wangi...
 
-->SEBAKUL BUAH
-->
GUBAHAN COKLAT – sedap.. memang sedap..!






Khamis, 5 Januari 2012

Gubahan Hantaran Pertunangan - Biru & Silver ( Perak ) ( Ferina - Klang )

-->GUBAHAN HANTARAN PERTUNANGAN – BIRU & SILVER

Terima Kasih & Tahniah buat Ferina & Ibunya atas Majlis Pertunangan yang telah dilangsungkan.
 t
-->GUBAHAN SIRIH – penyambung adat.  

-->GUBAHAN COKLAT CADBURY – uuu..banyaknye coklat.!
-->GUBAHAN COKLAT ‘FERARO ROCHER’ – sama-sama rasa ye.  
-->GUBAHAN JELLY  (PUDING) – wala.. party time..
-->
GUBAHAN BEG SANDANG & SUNGLASS – khas  buat cik abang.

-->
GUBAHAN PERFUME – mesti wangikan.


-->GUBAHAN BUNGA RAMPAI – memang wangi...  

 BANDAR BARU SETIA ALAM , U13 SHAH ALAM , SELANGOR




Rabu, 4 Januari 2012

Tema Warna Hantaran Pertunangan - Filem Kartun " SHREK " ( Khairul - Klang )

-->
TEMA HANTARAN PERTUNANGAN - “FILEM KARTUN SHREK”
Khas buat pasangan cute FERINA dan KHAIRUL “Selamat Bertunang” , kak nin tunggu khabar gembira dari kalian. Mereka berdua amat meminati filem kartun shrek dan sejak awal – awal  perjumpaan dengan kaknin lagi Ferina dah beritahu hasratnya nak gunakan tema warna kartun shrek . Jadi.. untuk hantarann pertunangan dari pihak lelaki mereka telah memilih tema warna hijau sepertimana warna watak “ORGA” (SHREK). Manakala untuk hantaran pembalasnya dari pihak perempuan Ferina telah memilih tema warna biru Turquoise..seperti salah satu warna baju “PRINCESS FIONA”.
Hasilnya berdasarkan budget yang telah ditetapkan, kaknin telah cuba menterjemahkannya . Dari pihak Khairul kaknin buatkan tema ala-ala taman dalam hutan gitu..Dari pihak cik adik Ferina  pula blink-blink sikit, ala-ala party gitu.. Harap kalian berdua gembira dan puas hati ye..
Hantaran dari pihak Encik Khairul ada 7 dulang semuanya.
1)   Sirih junjung
2)   Sebakul buah
3)   Coklat ‘FERRARO ROCHER’
4)   Beg Tangan & set alat solek
5)   Beg Sandang & Sun glass
6)   Gubahan bunga rampai & tempat meletak cincin tuning
7)   Bunga dulang untuk menghiasi kotak kek
-->SIRIH JUNJUNG – Dah jadi adat meminang 

-->
SEBAKUL BUAH MANGGA – Kalau masam maaflah ye...
-->
COKLAT FERARO ROCHER – Wa La.. sedap tu...
-->
BEG TANGAN & ALAT SOLEK- cukup lengkap dah rasanya...
-->
BEG SANDANG & SUN GLASS – pasti tampil anggun dan bergaya
-->BEKAS BUNGA RAMPAI & TEMPAT CINCIN – harum mewangi bunga-bunga di taman