Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Ahad, 11 Disember 2011

Gubahan Hantaran Kuning Pink ( Hafizi - Terengganu )

-->
GUBAHAN HANTARAN KUNING PINK
Terima kasih banyak buat pasangan Cikgu Hana dan Cikgu Hafizi kerana memberi kepercayaan pada kak nin menyediakan gubahan hantaran untuk majlis pernikahan mereka. Untuk hantaran dari pihak cikgu hafizi mereka telah memilih tema warna yang sangat kontra iaitu kuning dan mahu dikombinasikan dengan warna pink. Kak nin senang sekali menyediakan gubahan kalian berdua. Dah lama sebernarnya kak nin teringin nak membuat gubahan yang bertemakan warna kuning. Tercapai juga akhirnya. Terima kasih Hana.
Sembilan dulang hantaran semuanya dari pihak cikgu hafizi
-->, ditambah satu dulang khas sebagai hadiah istimewa  buat kakak cikgu hana (langkah bendul) dan berbalas sebelas dulang dari pihak cikgu hana.
Diantara barang yang telah kak nin gubah.
1) Sirih Junjung
2) Tempat meletak cincin , rantai tangan & frame gambar untuk diisikan cek duit hantaran
3) Kain Pasang
4) Handbag ( Alain Delon ) & Dompet
5) Telekung & Buku
6) Kain Pasang
7) Sepasang Kasut
8) Notebook ACER & Handphone
9) Bunga Dulang untuk mengisi kotak kek 
10) Kain Tudung dan sehelai kain pasang ( langkah bendul )


" Sirih Junjung menyusul adat "
-->Tiga dalam satu.- Bekas labu tu untuk letak cincin. Yang bekas kaca tu untuk letak rantai tangan dan clear frame tu untuk diisi dengan  cek maskahwin. Gelang tu sample je.. Maaf Hana  tumpang ambik gambar. Boleh kan...
-->Kain pasang.-Sejuknya kain sutera ni.
-->
Handbag & dompet .-Tolong bawak beg cikgu ni.
 
-->Telekung & buku.- Ilmu penyuluh hidup.
-->
Kain pasang.- Jangan silap bawak beg pergi sekolah nanti ye cikgu.
-->
Sepasang Kasut. Cantiknya kasut dia..
-->
Notebook & Handphone
-->
Khas buat kakak tersayang. Sehelai tudung selendang, kain pasang & Kotak untuk ditempatkan rantai tangan. Juga tiga dalam satu. Kak nin telah gubahkan sekali dengan bunga dulang pilihan dari kakak hana sendiri dari koleksi bunga dulang sentuhan nin (BDBT-6S).

1 ulasan:

Super Ummi berkata...

Salam.
Kak Nin... saya suke sangat tengok hantaran sendiri... hihi. Idea awal nak warna merah kuning... Tapi takut kontra sangat, jadi tak cantik.. Jadi, saya pun pilih pink kuning...

Thanks kak nin... Puas hati sangat dengan gubahan hantaran tu... harga pun berbaloi-baloi...

Thanks Kak nin.... =)