GUBAHAN HANTARAN KUNING PINK
Terima kasih banyak buat pasangan Cikgu Hana dan Cikgu Hafizi kerana memberi kepercayaan pada kak nin menyediakan gubahan hantaran untuk majlis pernikahan mereka. Untuk hantaran dari pihak cikgu hafizi mereka telah memilih tema warna yang sangat kontra iaitu kuning dan mahu dikombinasikan dengan warna pink. Kak nin senang sekali menyediakan gubahan kalian berdua. Dah lama sebernarnya kak nin teringin nak membuat gubahan yang bertemakan warna kuning. Tercapai juga akhirnya. Terima kasih Hana.
Sembilan dulang hantaran semuanya dari pihak cikgu hafizi
-->, ditambah satu dulang khas sebagai hadiah istimewa buat kakak cikgu hana (langkah bendul) dan berbalas sebelas dulang dari pihak cikgu hana.
Diantara barang yang telah kak nin gubah.
1) Sirih Junjung
2) Tempat meletak cincin , rantai tangan & frame gambar untuk diisikan cek duit hantaran
3) Kain Pasang
4) Handbag ( Alain Delon ) & Dompet
5) Telekung & Buku
6) Kain Pasang
7) Sepasang Kasut
8) Notebook ACER & Handphone
9) Bunga Dulang untuk mengisi kotak kek
10) Kain Tudung dan sehelai kain pasang ( langkah bendul )
Handbag & dompet .-Tolong
bawak beg cikgu ni.
Kain pasang.-
Jangan silap bawak beg pergi sekolah nanti ye cikgu.
Sepasang Kasut. Cantiknya
kasut dia..
Notebook & Handphone
Khas buat kakak tersayang. Sehelai tudung
selendang, kain pasang & Kotak untuk ditempatkan rantai tangan. Juga tiga
dalam satu. Kak nin telah gubahkan sekali dengan bunga dulang pilihan dari
kakak hana sendiri dari koleksi bunga dulang sentuhan nin (BDBT-6S).
Salam.
BalasPadamKak Nin... saya suke sangat tengok hantaran sendiri... hihi. Idea awal nak warna merah kuning... Tapi takut kontra sangat, jadi tak cantik.. Jadi, saya pun pilih pink kuning...
Thanks kak nin... Puas hati sangat dengan gubahan hantaran tu... harga pun berbaloi-baloi...
Thanks Kak nin.... =)