GUBAHAN
HANTARAN PERTUNANGAN ORANG INDIA – TEMA WARNA PUTIH & GOLD.
(Mr. THINESH BRUNNER – Puchong, Selangor)
Untuk
entry pertama gubahan hantaran tahun 2013 ni, KakNin kongsikan dulu gubahan
hantaran pertunangan Mr. Thinesh Brunner
dengan Ms. Mira (nama melayu yang Thinesh perkenalkan pada KakNin). Sebenarnya
ini kali pertama KakNin setuju menerima tempahan gubahan hantaran untuk orang
india. Terima kasih banyak-banyak buat Mr. Thinesh dan keluarganya yang memberi
kepercayaan penuh pada kakNin untuk menyediakan gubahan hantaran pertunangan
mereka.
Satu
cabaran yang besar juga buat Kaknin sebenarnya, bila mr. Thinesh memberitahu
yang gubahan hantaran tu akan dibawa terbang ke Sarawak. Mula-mula macam tak
yakin juga..sebab tak pernah buat gubahan hantaran untuk orang India pastu nak
di bawa terbang ke Sarawak pula tuu..Tapi dek kesungguhan dan keyakinan yang
diberikan oleh mr. Thinesh dan keluarganya yang sanggup datang dari Puchong ke
Meru...dengan berbesar hati KakNin setuju menerima cabaran tuu...ceewah.
So...Kaknin
telah sediakan gubahan yang agak mobile supaya senang dibawa terbang keSarawak.
Banyak yang KakNin belajar sebenarnya dari Mr. Thinesh. Rupa-rupanya takdelah
berbeza sangat adat pertunangan orang melayu dan orang india. Dari segi
barang-barang hantaran sama juga. Bilangan dulang hantaran yang disediakan juga
dalam bilangan yang ganjil. Dalam adat orang india juga ada cincin tanda
pertunangan, sepersalinan pakaian dan sirih pun ada jugak...Cuma yang bezanya
kalau dalam adat melayu kedua-dua pihak lelaki dan perempuan akan berbalas
pemberian barang hantaran. Tapi adat orang india hanya pihak lelaki sahaja yang
menyediakan/memberi barang-barang hantaran untuk diberikan sebagai tanda
pertunangan kepada pihak perempuan dan pihak perempuan tak perlu membalas
apa-apa pun.
Terima
kasih sekali lagi , “TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUNANG” buat Thinesh dan Mira juga
keluarganya. KakNin sangat gembira dan senang sekali dapat berkenalan dengan
kalian.
GUBAHAN SET MERENJIS
GUBAHAN
SIRIH – Daun sirih tu sementara je Kaknin letak untuk shoot gambar ni dan nak
tunjuk kat Thinesh macam mana perlu dia 'buh' sendiri daun sirih fresh kat
Sarawak nanti.
CINCIN
TANDA PERTUNANGAN – Ini tempat istimewa yang dah kaknin sediakan untuk
meletakkan cincin pertunangan tu ..
Gubahan
ni kaknin sediakan untuk diisi dan dipenuhi dengan Ladoo (manisan) bila dah
sampai kat Sarawak .
GUBAHAN
COKLAT FERRERO ROCHER
Yang
ni special..balang kaca yang bulat tu kaknin sediakan khas untuk diisi dengan
buah strawberi kat sekelilingnya dan bekas kaca yang kecil tu akan diisi dengan
gula batu (gula batu menjadi satu kemestian dalam adat pertunangan orang india)
Bakul tu akan diisikan dengan buah bila tiba di
Sarawak
GUBAHAN
BEG TANGAN
GUBAHAN
SET PERFUME BLVGARI
4
unit dulang hantaran yang dah kaknin hiaskan dengan bunga dulang.
GUBAHAN
BEKAS RANTAI LEHER & SUBANG – bayangkan je la ye ada ‘necklace’ dan
‘earing’ nya ada kat situu..
GUBAHAN
SARI, GELANG TANGAN, SIKAT DAN CERMIN – yang ini paling istimewa sekali..cuba
tengok sari tu merelikkan (shiny) dan gelang tangan tu match sangat kan dengan
sari tu..
Betul
sari la tuu..
CONGRATULATION ya...Mira cantik sangat.!!..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan