Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Ahad, 13 Januari 2013

Bye! Bye!..2012 & Assalamualaikum 2013




Dah lama sangat tak buat entry kat blog nie ...Fuh!!.Fuh!!..banyaknya sawang..

Huhu!!..akhirnya hari ini dapat juga menghadap blog nie..rindunya..

Rasanya tak terlewat sangat untuk KakNin ucapkan “selamat tahun baru 2013” buat semua yang sudi  mengunjungi blog KakNin. Semoga dengan keberkatan dari Allah, di tahun 2013 ini membawa kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua..Aamiiin..

Syukur alhamdullilllah dengan izin Allah dan kasih sayangnya selesai juga KakNin menyiapkan semua tempahan, terutamanya sepanjang bulan November & Disember 2012 yang lalu. Meskipun agak tunggang langgang rumah dibuatnya...maklumlahkan hujung tahun.. musim orang meminang dan naik pelamin..

Terima kasih sangat-sangat-sangat KakNin ucapkan buat semua pelanggan yang telah memberi kepercayaan penuh pada KakNin untuk turut serta merialisasikan hari bahagia kalian..

Buat yang telah selamat mematri ikatan pertungan pada 2012  yang lalu “TAHNIAH” KakNin ucapkan..Semoga kalian sentiasa berada dibawah pemeliharaan dan rahmat Allah SWT. 

p/s – Carilah ilmu dan jangan jemu mencari ilmu sebagai bekalan mempersiapkan diri meniti alam berumahtangga nanti.

Dan...khas buat pasangan yang telah selamat menggoncang tangan tok kadi tuu..terutamanya pada bulan November dan disember tahun 2012 yang lalu, KakNin ucapkan “ SELAMAT PENGANTIN BARU” dan emm....semoga di tahun 2013 ini cepat-cepat dapat “Orang Baru”...huhuu..

KakNin doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dianugerahi zuriat yang soleh dan solehah..Aamiin..

Ribuan kemaafan KakNin  pinta (macam hari raya pulakkann) andainya ada kekurangan dan cacat celanya dalam hasil kerja KakNin ye..

Alhamdillah KakNin senang dipertemukan dengan kalian semua. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi rezeki dengan KakNin. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya dan memperluaskan rezeki kalian...Aamiin..

Tiada ulasan: