MEMILIH WARNA TEMA GUBAHAN HANTARAN
Emm...Nak guna tema warna apa ye.???.
Wahaa...tak
tau nak pilih warna apa sebagai tema warna menghiasi gubahan hantaran anda .?.
Mungkin Kaknin boleh kongsikan beberapa tips yang barangkali boleh dijadikan
sedikit panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat dalam menentukan tema
warna untuk gubahan hantaran anda nanti.
Tip
pertama - Kombinasi Dua Jiwa
Gabungkan
saja warna kegemaran anda dengan warna kesukaan si dia tersayang. Jangan risau
kalau warnanya akan kelihatan terlalu kontra. Contohnya cik abang suka warna
hitam, tapi... cik adik pulak suka warna pink. Kombinasikan saja warna tu.
Pilih salah satu warna untuk menjadi lebih dominan agar gubahan itu nanti
kelihatan lebih harmoni dan manis dipandang. Contohnya kalau anda memilih warna
hitam lebih dominan, hiaskan dan gabungkan gubahan anda dengan sedikit eksesori
berwarna pink seperti riben, renda, manik-manik ataupun bunga-bunga kecil.
Hasilnya pasti menarik dan unik sekali.
Tip
kedua – Pilih Warna Kegemaran Si dia
Tersayang.
Cara
ini paling baik dan berkesan terutamanya untuk majlis pertunangan. Cuba kenal
pasti warna kesukaan pasangan anda. Gunakan warna kesukaan pasangan anda itu
sebagai warna tema gubahan hantaran anda yang istemewa itu. INGAT !!! warna kesukaan sidia dan
BUKAN warna kesukaan anda. Nak tau kenapa..??. Aha.. sebenarnya ini satu cara
selamat untuk anda menawan hati sidia. Ini kerana gubahan hantaran anda akan kelihatan cantik dan istemewa dimata sidia,.. dek
kerana warnanya walaupun mungkin hantarannya taklah secanggih mana.
Tip
ketiga – Mengikut Tema Majlis.
Tips
ni amat penting terutamanya untuk menyediakan gubahan hantaran perkahwinan.
Gubahan hantaran perkahwinan mungkin adalah sebahagian kecil daripada agenda majlis
perkahwinan anda. Namun ia bukanlah suatu yang boleh dikesampingkan atau
diambil ringan. Pada Kaknin hantaran perkahwinan adalah satu pemberian yang amat
bermakna sekali. Ianya merupakan pemberian atau
hadiah pertama kepada pasangan kita setelah sah bergelar suami isteri.
Pemberian istemewa dari seorang lelaki yang sah bergelar suami kepada isteri
tercinta. Begitu juga sebaliknya pemberian ikhlas dari seorang isteri buat
suaminya.
Untuk
merialisasikan gubahan hantaran anda tampil istimewa dan penuh makna, pastikan
warna tema yang dipilih bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan anda.
Tetapkan dulu masa mana barang-barang hantaran ini mahu dibawa. Samaada semasa majlis akad nikah
ataupun dibawa bersama semasa mengiringi pengantin berarak. Sesuaikan saja tema
warnanya dengan majlis yang akan dilangsungkan. Ini akan menjadikan gubahan
hantaran yang dibawa kelihatan lebih istemewa untuk majlis tersebut.
p/s
– perlu juga menggunakan sedikit warna yang agak kontra agar barang-barang
gubahan anda tampil memukau. Tidaklah terlalu sedondon dan tenggelam dengan
warna baju pengantin, pelamin atau hiasan dalam dewan mahupun khemah pengantin.
HANYA
YANG ISTIMEWA BUAT YANG TERISTIMEWA – sentuhan nin