Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Rabu, 14 Disember 2011

Gubahan Hantaran Pertunangan " Fresh Flower " ( Ikmal - Bukit Kapar )

-->
-->
GUBAHAN HANTARAN PERTUNANGAN “FRESH FLOWER”
Untuk merialisasikan majlis pertunangan encik Ikmal dan pasangan Istimewanya dan atas permintaan encik Ikmal sendiri kak nin telah bertungkus lumus menyediakan 9 dulang hantaran menggunakan  “fresh flower”. Kak nin harap kalian gembira dan puas hati dengan hasilnya. Jangan tunggu lama-lama ye. Kak nin tunggu berita gembira dari kalian.
Antara barang-barang hantaran yang digubah:-
1)   Sirih Junjung, Duit tanda & tempat cincin
2)   Kek pertunangan
3)   Sejadah dan telekung
4)   Sepasang baju kurung & tudung (Ariani)
5)   Perfume
6)   Koleksi alat solek Elizabert Arden
7)   Dompet dan Make-up
8)   Jam tangan
9)   Buah-buahan.
-->Sirih Junjung- pembuka bicara , mengikat janji
-->
Kek pertunangan- Sweet...nye..!

-->
Telekung & Sejadah- Tepati janji, tunaikan kewajipan

-->
Sepasang Baju Kurung dan Tudung- pasti ayu si gadis melayu

-->
Perfume- Seharum bunga mawar

-->
Koleksi Alat Solek Elizabert Arden

-->
Make-up dan Beg duit- Pasti tampil anggun

-->
Jangan lupa letak jam tangan nye ye..

-->
Sudah menjadi adat bertandang, jangan lupa bawa buah tangan


-->
Tahniah dan selamat bertunang Ikmal. Terima kasih banyak-banyak dan maaf kalau ada yang tak kena ye.

Tiada ulasan: