Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Isnin, 14 Januari 2013

Gubahan Hantaran Pertunangan Tema Pink ( Syaiful - Setia Alam , Shah Alam )


GUBAHAN HANTARAN PERTUNANGAN - TEMA PINK

( ENCIK SYAIFUL - Setia Alam , Shah Alam )

TAHNIAH dan SELAMAT BERTUNANG buat encik Syaiful & cik Syuhadah . Terima kasih kerana memberi peluang kepada KakNin menyediakan gubahan hantaran pertunangan kalian. Encik Syaiful telah memilih tema warna merah jambu untuk menghiasi 7 dulang gubahan hantarannya. KakNin telah menggunakan dulang kayu putih berkaki bagi menambah seri lagi gubahan untuk dikombinasikan dengan tema merah jambu pilihan encik Syaiful. Nampak sweet..sangat!!..

GUBAHAN TEMPAT CINCIN 
 inilah tempat cincin khas buat encik Syaiful 
untuk diberikan kepada ratu hatinya cik Syuhadah

TAPAK HANTARAN 
atas permintaan encik Syaiful sendiri yang mintak Kaknin sediakan satu tempat khas untuk meletakkan sirih junjung yang akan dibuat  sendiri oleh ibunya dari kampung nanti.

GUBAHAN COKLAT


GUBAHAN KAIN PASANG 

GUBAHAN KEK PERTUNANGAN 
keknya pun pink jugak...
 
POTPURI 
 pengganti bunga rampai..versi moden

GUBAHAN SEJADAH DAN TELEKUNG

Tiada ulasan: