Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Jumaat, 19 Oktober 2012

Gubahan Hantaran Pertunangan Tema Pink & Pic ( Lina - Teluk Panglima Garang , Klang )

GUBAHAN HANTARAN –TEMA PINK & PIC (FRESH FLOWER)
dari LINA (Teluk Panglima Garang – Klang)

Dari sehari ke sehari nak pos entry gubahan dalam blog..akhirnya ku kota apa yang ku kata..haha...Gubahan kali ni tempahan dari Lina. Tema warnanya kombinasi warna pink dan pic.  Kalau ade yang perasan macam sama je dengan tema encik Ikmal dulu tu. Wa..ha..memang pun. Tapi pasti tak serupa sebab barang hantarannya tak sama..kan..kan.. Sebenarnya atas permintaan dari cik adik Lina sendiri yang dah berkenan sangat dengan gubahan encik Ikmal tu.
Semuanya ada 11 dulang . Kak nin harap Lina puas hati ye..Terima kasih bebanyak yea! sweet..Lina & selamat bertunang.

SIRIH JUNJUNG bersekali dengan tempat meletak cincin
 tanda pertunangan khas buat cik abang ..

TOILETRIES & PERFUME


SEPASANG BAJU MELAYU & BUTANG MUTIARA. 
Cuba teka baju raya ke baju nikah ni...?


BUAH ANGGUR TIGA RASA


GUBAHAN KOTAK  POTPURI. Wangi....wangi..


GUBAHAN HAMPER COKLAT


Untuk diletakkan kuih katanya...


GUBAHAN SEJADAH & BUKU ILMIAH


SONGKOK vs TANJAK ( kain sampin )




GUBAHAN TUALA.. Hihi..jemput minum

Tiada ulasan: