Seronoknya....dia
nak bertunang. Tahniah!!....kak nin ucapkan, pada mereka-mereka yang
akan bergelar tunangan orang dan yang akan bergelar raja sehari. Kak
Nin doakan semoga berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.
Tips-tips yang kak Nin nak berikan ini sebenarnya adalah kesinambungan
dari artikel kak Nin yang lepas , iaitu BIAR SEDERHANA NAMUN TETAP
ISTIMEWA. Kalau belum baca , baca-bacalah dulu......yek! rugi tak baca.
“
Tak kisahlah apa pun untuk bertunang jer...buat simple-simple dah ler.
Nanti untuk hantaran kahwin barulah buat cantik-cantik”.
Rasa-rasa ada tak anda berpendapat begitu?
Sebenarnya pendapat tu selalu kak Nin dengar. Kebanyakkan ‘client’ kak Nin cakap macam tu. Sebab apa yer....? Agaknya lah.....
Mungkin
maksudnya untuk majlis tunang ni buat ala kadar jer lah gubahannya, tak
payah cantik-cantik sangat @ murah-murah jer. Dan untuk masa hantaran
kahwin nanti baru buat yang giler-giler cantik@mahal-mahal pun tak
pe....betul ke macam tu.....komen sikit?
Kak
Nin selalu terfikir macamana nak buat yang simple-simple untuk hantaran
tunang dan yang cantik-cantik untuk hantaran kahwin. Pada kak Nin semua
gubahan yang kak Nin buat sudah pasti semuanya cantik dan
istimewa....cehhh! perasannn!
Sebenarnya
pada pendapat kak Nin apa-apa perkara pun yang kita lakukan biarlah
didahului dengan keikhlasan dan penuh kasih sayang...cam spongebob
punya ayat der! . Walauapapun yang kita beri dengan ikhlas pada bakal
pasangan kita pasti di hargai.
Barang
hantaran pada kak Nin adalah satu hadiah atau pemberian yang amat
istimewa untuk si dia. Sudah pasti bakal pasangan kita tu amat istimewa
orangnya kan....jadi sewajarnyalah kita memberikan hanya yang istimewa
untuk orang yang amat istimewa dalam hidup kita, setuju tak...? Oleh
itu ...berilah apa saja yang anda rasa istimewa untuk orang yang anda
sayangi. Tapi harus diingat jangan sampai membazir dan memberi sesuatu
diluar kemampuan anda. Tak semestinya yang mahal itu istimewa yang
penting IKHLAS dan jangan sesekali menunjuk-nunjuk bak kata pepatah “
Biar papa asal bergaya “.
Membebel pulak kak Nin ni, kata nak bagi tips, tapi mana tips nyer...?
Oklah ni tips-tips nye....
( Nantikan cara-cara buat gubahan hantaran e-book kak nin )
( Nantikan cara-cara buat gubahan hantaran e-book kak nin )
Tips 1 : Tentukan Berapa Kuantiti Hantaran.
Bagi
mereka yang mementingkan bajet tips ini penting. Ingat kualiti adalah
lebih penting dari kuantiti. Maksud kak Nin tak perlulah nak
berdulang-dulang hantarannya, biar pun sikit tapi benar-benar ada makna
dan berkualiti. Bergantung ikut kemampuan ( kalau sayang lebih bagi
lebih..! ) Tinggal saja mana-mana yang tak berapa perlu , contohnya
bunga rampai.
-
MAJLIS BERTUNANG - Pihak lelaki 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak
perempuan ( sikit jer sebab tak confirm lagi jadi ke tak kahwin )
-
MAJLIS HANTAR BELANJA – Biasanya lebih sikit. Pihak lelaki bagi 7
dulang atau lebih ikut kemampuan ( banyak-banyak pun tak pa , bukan
untuk orang lain... isteri/ suami anda juga...hehehe!
Tips 2 : Rangka Berapa Budget Anda.
Maksud
kak Nin bajet ‘buat gubahan’ barang-barang hantaran dan bukan bajet
untuk membeli barang untuk dijadikan hantaran. Bajet ini penting bila
anda menggunakan khidmat penggubah hantaran ( macam kak Nin
contohnya...) lainlah kalau buat sendiri lari bajet pun tak perasaan.
Tips 3 : Tetapkan Keseluruhan Barang Hantaran & Tema Hantaran
Ini penting untuk anda yang rasa-rasa nak buat gubahan hantaran tu. Plan siap-siap untuk satu barang hantaran anda contohnya,
- kain pasang nak buat apa ...,?
- Lepas tu coklat nak buat apa....?
- Buah pulak nak letak kat mana...? dan seterusnya tetapkan tema warna gubahan anda...
Rasa-rasa
dah tahu nak buat macamana catat barang-barang yang diperlukan untuk
merealisasikan hajat / angan-angan / cita-cita anda itu.Bajet agak-agak
berapa meter reben kena beli, berapa biji bakul perlu. Kalau tak buat
cam tu kak Nin gerenti bila sampai kat kedai nanti mulalah ....yang itu
cantik....ini pun ok gak. Warna merah cun jugak...silver pun orait
gak...sudahnya membazir...Nak buat 5 dulang jer yang dibeli macam-macam.
Tips 4 : Sewa Jer...Dulang Hantaran.
Cara
ni sebenarnya amat membantu bagi yang mahu berjimat. Biasanya
butik-butik pengantin @ penggubah-penggubah hantaran ( cthnya :
Sentuhan Nin’s ..promosi hehh! ) ada menyediakan khidmat sewaan dulang
dan harganya pun amat berpatutan. Tapi kalau anda pergi ke kedai-kedai
bunga yang turut menyediakan khidmat mengubah biasanya mereka tak
sewakan dulang. Nak tahu kenapa...? Rugi ler tauke-tauke tu ....tak
laku la dulang-dulang dan bakul-bakul yang melambak-lambak kat kedai
dia tu...hehehe ( jangan marah hah! )
Secara
peribadi kak Nin rasa membazir je dulang-dulang tu , lepas majlis tak
guna lah. Kalau nak guna balik pun sebiji 2 jer. Tapi ..kalau anda
ramai adik-adik yang jadi pewaris untuk reuse ( guna ) kembali boleh
gak..langkah berjimat tuuuu..( takutnya nanti dah tak intrend ( terkini
) lah pulak.
Tips 5 : Elak Guna Benda Yang Sama Untuk Kesemua Hantaran.
Ini
selalu terjadi. Dah jadi ‘Intrend’ sekarang kononya cantik dan nampak
sedondon jer. Memang cantik tapi sebenarnya ia melibatkan kos yang
banyak. Perkara ini selalu terjadi kalau anda hantar gubahan kat
kedai-kedai bunga Cina ( oops..sori ) Bukan kak Nin nak promote diri
sendiri , tapi...pikirlah sendiri ye!...Lagi banyak benda kita beli
lagi untunglah dia . Memanglah dia kata tak ada upah gubah , tapi semua
tu sebenarnya dah masuk dalam harga barang-barang yang kita beli. Ok
stop! Marah pulak tokei kedai tu nanti.
Tips 6 : Elak Guna Kotak-Kotak Hantaran Kalau Tak Perlu.
“ Guna kotak-kotak hantaran je lah..senang tak yah susah-susah nak gubah “
Alasan
ni selalunya di gunakan untuk mereka yang nak ambil langkah mudah dan
nak berjimat-jimat. Ye ker boleh jimat...? Emmm!! Ada la sikit kot....
Ye ke tak yah gubah....Cantik ke kotak-kotak tu kalau tak di hias ,
dengan bunga ke, riben ke , atau render ker...! Maksud kak Nin bukan
tak leh guna kotak-kotak ni, contohnya ...kotak plastik transparent @
yang sewaktu dengannya. Boleh guna ! tapi hadkan untuk yang perlu je,
contohnya macam kasut bolehlah letak kat dalam tu dan hiaslah kotaknya.
Cara ni pun kak Nin rasa paling manis untuk gubahan kasut, lebih sopan
dan nampak istimewa.
Untuk panduan,
Pernah
ada satu ‘client’ kak Nin dia dah beli siap-siap 7 kotak yang cantik
jugak ler ( sekali tengok cam stadium Olimpik China ala-ala ‘ sarang
burung ‘ ..agaknye le ) dan berabis beratus RMXXX jugak le kat salah
sebuah kedai di Nilai 3 tuh. Alasannya same le cam kat atas tu, senang
tak yah gubah sumbat je dalam kotak. Balik rumah dia bubuhlah
barang-barang hantaran kedalam kotak yang dia beli tu. Lepas tu
barulah.. dia sedar takkan nak bagi camni jer tak yah hias. Tadi dah
berabis beratus ringgit beli kotak , lepas tu baru sedar nak kena hias
jugak kotak ni baru cantik. Nak buat sendiri tak reti pulak....! Baru
tahu , lepas tu jumpa kak Nin. Kena tambah duit lagi nak hiaskan..tak
ke membazir tu namanya! ( bukan Kak Nin nak aibkan ‘client’ , harap
ianya menjadi ikhtibar kepada anda nanti )
Tips 7 : Variasikan Barang Hantaran
Cuba
pelbagaikan penggunaan bekas hantaran . Tak de lah membazir nanti ,
bekas-bekas tu boleh digunakan lagi nanti untuk kegunaan lain. Contoh :
- Bakul untuk isi buah / kuih-muih
- Kotak kayu dsb untuk kasut
- Bekas Kaca untuk letak cincin ke!
Gunakan
kreativiti untuk menggubah barang-barang seperti kain pasang , sejadah
, telekung dsbnya. Cara ini banyak membantu dan jimat sebenarnya. Kalau
anda faham artikel yang kak Nin tulis sebelum ini , tentu anda faham
maksud kak Nin.
p/s – kalau tak tahu nak gubah camner, Sentuhan Nin’s boleh uruskan...
Tips 8 : Himpunkan 2 @ 3 Barang Hantaran Menjadi 1.
Cara
ini amat membantu . Ada beberapa barang hantaran yang biasa boleh
disatukan sebagai 1 gubahan . Contohnya : kasut & beg tangan ,
sejadah & telekung , baju pasang & kain tudung. Kan
jimat tu..... Banyak barang boleh bagi untuk Si dia yang tersayang dan
tak perlu dulang yang banyak. Cara ini amat menguntungkan anda
sebenarnya tetapi tidak kepada penggubah-penggubah hantaran macam kak
Nin...tak kisah lah tu , yang penting jangan membazir.
Gambar : Kak Nin satukan gubahan sirih , barang kemas & duit hantaran dalam 1 gubahan.
Tips 9 : Meminimumkan Penggunaan Barang-Barang Hiasan Yang Membazir.
Pembaziran
sebenarnya banyak berlaku terutamanya dalam trend dalam gubahan masa
kini, orang sekarang lebih suka menghias barang hantaran berbanding
menggubahnya. Cuba gunakan kreativiti anda untuk mengubah barang
hantaran agar menjadi HEBAT dan ISTIMEWA. Minimumkan penggunaan
render-render atau manic-manik dalam gubahan anda. Sebab barang-barang
itu akan terbuang nanti ( duit anda sendiri yang terbuang ) selepas
majlis berlangsung. Namun tidak dinafikan penggunaan reben , render
& manic-manik dapat menyerikan lagi gubahan anda namun sekali
lagi harus diingat minimumkan penggunaannya.
Rasanya
setakat ni jer lah dulu tips-tips yang dapat kak Nin berikan. Semoga
sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan terutamanya pada anda yang
bercita-cita nak buat gubahan sendiri & mengambil langkah
berjimat cermat. Maklumlah nak kahwin banyak nak guna duit tu....kalau
tak de idea layarilah blog ‘ Sentuhan Nin’s – Gubahan Hantaran
Perkahwinan & Pertunangan “ . semoga anda memperolehi sesuatu
di situ. Tapi kalau tak reti jugak nak gubah camne jangan segan-segan
hantar jer pada kak Nin. Izinkan Kak Nin membantu anda menyediakan
sesuatu yang istimewa untuk si dia yang teristimewa.
p/s – Nantikan E-BOOK Kak Nin “ Panduan & Cara-Cara Membuat Gubahan Hantaran “ ..akan datang, insyaallah.
Disediakan oleh : Kak Nin , Sentuhan Nin’s
Gubahan Hantaran Cinta “ HANYA YANG ISTIMEWA BUAT YANG TERISTIMEWA “
Tiada ulasan:
Catat Ulasan