GUBAHAN HANTARAN TERKINI 2013
Tentu
ramai yang tercari-cari idea untuk dijadikan tema gubahan hantaran pertunangan
mahupun perkahwinan yang mungkin akan berlangsung pada tahun 2013 ini. Disini
KakNin cuma nak berkongsi idea dan mungkin ia dapat membantu anda mencari tema
yang sesuai untuk gubahan hantaran anda nanti tampil lebih istimewa dan
esklusif buat yang tersayang.
Kalau
sebelum ini ramai orang hanya memikirkan warna apa yang sesuai untuk dijadikan
tema hantaran...apa kata untuk tahun 2013 ini, buat sedikit kelainan dari
biasanya...
Cuba
jadikan minat, hobi atau apa-apa sahaja yang anda benar-benar suka sebagai tema
hantaran anda....maksud KakNin kalau anda suka scuba, memancing atau mungkin
anda gemar kepada pantai atau lautan, jadiakan ia sebagai tema hantaran anda.
Atau
mungkin...anda suka sangat makan buah strawberi atau bau haruman
strawberi..gunakan ia sebagai tema anda.
Gunakan
elemen-elemen barangkali seperti karangan laut, pasir , coral atau mungkin
butiran mutiara sebagai bahan dekorasi gubahan untuk merialisasikan tema
gubahan hantaran anda itu.
Dan...kalau
yang meminati buah strawberi tadi tuu...mungkin anda boleh kombinasikan
keunikan buah strawberi dengan bunga-bunga segar kegemaran anda. Cuba
bayangkan....keharuman asli buah strawberi bergabung dengan wangian bunga ros
yang segar..fuhh!!....pasti nyaman sekalikan.
Dan...bayangkan
pula warna buah strawberi yang merah menyelerakan tuu..anda kombinasikan dengan
kuntuman ros putih...pasti menyelerakan..kan..kann...mesti teliuq sesiapa yang
memandangnya...huhu..
Kongsikan
saja hobi atau apa-apa yang menjadi kesukaan anda itu dengan orang yang
tersayang. Ini secara tak langsung dapat menjelaskan siapa diri anda dan apa
yang menjadi kesukaan anda dengan pasangan anda terutamanya. Pasti hari bahagia
anda akan menjadi lebih istimewa dan diingati serta menjadi kenangan istemewa
bukan saja buat diri anda sendiri juga dikongsi bersama sanak saudara dan
sahabat-sahabat anda.
Dalam
entry ni KakNin kongsikan beberapa gubahan bertemakan “Di Ranting Kayu’ yang
mungkin sedikit sebanyak dapat menjelaskan gambaran apa yang KakNin kongsikan
dengan anda tadi..
TEMA GUBAHAN – “ DI RANTING KAYU ”
GUBAHAN
SIRIH BERSERTA CINCIN PERTUNANGAN
GUBAHAN
BUAH STRAWBERI
GUBAHAN
TELEKUNG
GUBAHAN
SEJADAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan