Laman Siar Mata & Siar Ilmu

Jumaat, 5 Oktober 2012

Artikel Kak Nin - MEMILIH WARNA TEMA GUBAHAN HANTARAN


MEMILIH WARNA TEMA GUBAHAN HANTARAN

Emm...Nak guna tema warna apa ye.???.

Wahaa...tak tau nak pilih warna apa sebagai tema warna menghiasi gubahan hantaran anda .?. Mungkin Kaknin boleh kongsikan beberapa tips yang barangkali boleh dijadikan sedikit panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat dalam menentukan tema warna untuk gubahan hantaran anda nanti.

Tip pertama - Kombinasi Dua Jiwa

Gabungkan saja warna kegemaran anda dengan warna kesukaan sidia tersayang. Jangan risau kalau warnanya akan kelihatan terlalu kontra. Contohnya cik abang suka warna hitam, tapi... cik adik pulak suka warna pink. Kombinasikan saja warna tu. Pilih salah satu warna untuk menjadi lebih dominan agar gubahan itu nanti kelihatan lebih harmoni dan manis dipandang. Contohnya kalau anda memilih warna hitam lebih dominan, hiaskan dan gabungkan gubahan anda dengan sedikit eksesori berwarna pink seperti riben, renda, manik-manik ataupun bunga-bunga kecil. Hasilnya pasti menarik dan unik sekali.

Tip kedua – Pilih Warna Kegemaran Si dia Tersayang.

Cara ini paling baik dan berkesan terutamanya untuk majlis pertunangan. Cuba kenal pasti warna kesukaan pasangan anda. Gunakan warna kesukaan pasangan anda itu sebagai warna tema gubahan hantaran anda yang istimewa itu. INGAT !!! warna kesukaan sidia dan BUKAN warna kesukaan anda. Nak tau kenapa..??. Aha.. sebenarnya ini satu cara selamat untuk anda menawan hati sidia. Ini kerana  gubahan hantaran anda akan kelihatan  cantik dan istemewa dimata sidia,.. dek kerana warnanya walaupun mungkin hantarannya taklah secanggih mana.

Tip ketiga – Mengikut Tema Majlis.

Tips ni amat penting terutamanya untuk menyediakan gubahan hantaran perkahwinan. Gubahan hantaran perkahwinan mungkin adalah sebahagian kecil daripada agenda majlis perkahwinan anda. Namun ia bukanlah suatu yang boleh dikesampingkan atau diambil ringan. Pada Kaknin hantaran perkahwinan adalah satu pemberian yang amat bermakna sekali. Ianya merupakan pemberian atau  hadiah pertama kepada pasangan kita setelah sah bergelar suami isteri. Pemberian istemewa dari seorang lelaki yang sah bergelar suami kepada isteri tercinta. Begitu juga sebaliknya pemberian ikhlas dari seorang isteri buat suaminya.

Untuk merialisasikan gubahan hantaran anda tampil istimewa dan penuh makna, pastikan warna tema yang dipilih bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan anda. Tetapkan dulu masa mana barang-barang hantaran ini mahu  dibawa. Samaada semasa majlis akad nikah ataupun dibawa bersama semasa mengiringi pengantin berarak. Sesuaikan saja tema warnanya dengan majlis yang akan dilangsungkan. Ini akan menjadikan gubahan hantaran yang dibawa kelihatan lebih istimewa untuk majlis tersebut.

p/s – perlu juga menggunakan sedikit warna yang agak kontra agar barang-barang gubahan anda tampil memukau. Tidaklah terlalu sedondon dan tenggelam dengan warna baju pengantin, pelamin atau hiasan dalam dewan mahupun khemah pengantin.

HANYA YANG ISTIMEWA BUAT YANG TERISTIMEWA – sentuhan nin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan