GUBAHAN HANTARAN BIRU TURQOUISSE DAN PINK
Terima kasih encik Shaizhar kerana masih memberi kepercayaan pada kak nin sekali lagi untuk menyediakan gubahan hantaran perkahwinan nya. Kali ini Sha telah memilih gabungan tema warna biru turquoisse dan pink. (Koleksi bunga dulang Sentuhan Nin BDBT-6S). Sha telah menghadiahkan 9 dulang hantaran sebagai tanda kasih buat suri pilihannya. Harap kak nin telah dapat menyediakan gubahan hantaran yang istimewa buat kalian. Semoga Sha dan isteri gembira dan puas hati ye..
Antara barang-barang hantaran dari en. Shaizhar.
1) Cincin perkahwinan dan Duit maskahwinan.
2) Telekung
3) Kain pasang
4) Beg tangan dan kasut (Bonia)
5) Perfume (Grabtree)
6) Alat solek (Miss Rose)
7) Coklat
8) Buah-buahan
9) Bunga dulang
Tempat meletak cincin dan Frame gambar untuk diisi duit Maskahwin.
Kain pasang dan Set rantai mutiara - Mutiara hatiku “heart of the ocean’. ..ala.. TITANIC gitew!
Sepasang kasut dan beg tangan
Set alat solek.
Ni lah bunga dulang untuk menghias kotak keknya..
" Tahniah Sha. .Kak nin doakan kalian bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan