Sirih sebakul...kongsi untuk semua.
Istimewa kak nin sediakan panduan menggubah sirih yang paling simple namun tetap cun. Khas buat pelawat-pelawat blog kak nin yang mahu mencuba membuat sendiri gubahan sirih untuk dihadiahkan buat si dia yang istimewa.
Bahan-bahan yang diperlukan.
Oleh kerana kak nin namakan dia SIRIH SEBAKUL so.. mestilah kena pada sirih dan bakul. Yang lain-lain tu untuk aksesori tambahan span basah , lidi buluh , dawai , pelilit hijau dan bunga-bunga ikut citarasa warna tema yang anda pilih. Jangan lupa juga pelengkap ramuan sirih kita iaitu kapur, gambir dan hirisan pinang.
1) Mula-mula sediakan dawai yang cukup panjang untuk melingkari span basah. ( Sebelum tu harus diingat span basah tu perlu direndam dulu dalam air. Semalaman pun takpe biar span tu betul-betul serap air). Pastu lapiskan 2 atau 3 helai daun sirih dan cucukkan pada dawai tu sehingga penuh melingkari dawai . Agak-agak sendiri lah ye..
2) Letakkan je sirih-sirih tu melingkari span basah yang telah kita muatkan dalam bakul. Ikat kemas-kemas hujung dawai tu pada tangkai bakul.
3) Kemaskan susunan daun-daun sirih tu agar nampak kemas sekeliling bakul.
4) Pilih sehelai daun sirih yang cukup lebar dan kelihatan segar buat sedikit gulungan pada pangkal daun dan lilitkan pada lidi buluh.
5) Buatlah dalam 15 ke 20 batang. Kalau daun sirih tak banyak dalam 10 pun ok. Cuma kurang meriah lah sikit.
6) Cucukkan bunga asas mengikut pilihan anda. Kak nin gunakan bunga kekwa kerana ia lebih tahan lama.
7) Kak nin gunakan 2 warna yang kontra bagi menyerikan gubahan sirih ni.
8) Untuk melengkapkan gubahan sirih kita ni, cucuk batang-batang daun sirih yang dah kita buat tadi pada celah ruang-ruang kosong yang ada. Biar nampak rimbun dan meriah.
Dah siap pun gubahan kita... simple je kan! Amacam ok tak! Selamat mencuba kalau tak sedap jangan marah.. sebab dalam gubahan sirih tak gunakan pak Ajinamoto.
ok bye , salam buat semua!! anyonghaseyo!
simple n cantek..leh try..hehehe
BalasPadamCANTEK N SIMPLE..LEH LA TRY NNT
BalasPadamcantek n simple je kak..leh la try nanti
BalasPadamCANTEK N SIMPLE JE KAK..LEH LA CUBE NANTI
BalasPadamcantek n simple kak..
BalasPadam