Laman Siar Mata & Siar Ilmu

Selasa, 29 Mei 2012

Gubahan Hantaran - Hijau & Putih ( Kak Yang - Kampung Jawa , Klang )


Untuk gubahan hantaran kali ini khas Kaknin sediakan buat Kak Yang untuk pertunangan anak lelakinya. Yang uniknya kaknin diminta menyediakan dua gubahan cincin yang berlainan. Satu untuk cincin risik dan satu lagi untuk cincin tunang. Maknanya ada dua agenda dalam satu majlis. Kaknin seronok menyediakan gubahan untuk KakYang ni, sebab.. mendapat kepercayaan penuh dari KakYang nak buat macammana pun..yang penting ada 7 dulang dan mengikut adat.
Terima kasih KakYang...harap puas hati ye...

 
SIRIH JUNJUNG – Sirih bukan sebarang sirih tau, untuk gubahan ni kaknin gabungkan sekali dengan tempat meletak “cincin tanda merisik”  (emm..tu bukan cincin sebenar tumpang ambik gambar je)

 
BUNGA RAMPAI & CINCIN PERTUNANGAN – Gubahan yang ni dua dalam satu gak. Kaknin gabungkan tempat meletak cincin tunang dengan bunga rampai. Cawan-cawan comel tu untuk diisi dengan bunga rampai. 

 
GUBAHAN KAIN PASANG (LACE) – mesti sejuk dan nyamankan. Tak cukup bertopi...berkipas lagi...

 
GUBAHAN COKLAT “FERRERO ROCHER” – walla...yummy...

 
KETUPAT PALAS & RENDANG – Ikut plan asal nak buat pulut kuning, tapi...oleh kerana majlisnya di Melaka (takut basi) kenalah tukar palan B. Jadilah ketupat palas. Boleh la kan KakYang,. pulut juga....lebih tahan lama.

 
GUBAHAN BUAH – sebagai buah tangan

 
KEK PERTUNANGAN – mesti manis...