Lama rasanya tak usik blog kak nin ni. Maklumlah ujung tahun sibuk dan kelam- kabut sikit musim orang meminang dan naik pelamin. Alhamdullillah murah rezeki hujung tahun ni dan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah sudi membuat tempahan gubahan hantaran dan bunga telur . Terima kasih sekali lagi kerana memberi kepercayaan pada kak nin untuk memberikan sesuatu yang istimewa buat si dia yang teristimewa dalam hidup kalian. Bagi yang bertunang... jangan tunggu lama-lama ye. Dan...yang dah selamat naik pelamin tu..kak Nin doakan semoga kalian bahagia, dimurahkan rezeki serta tetap bersama sehingga ke akhir hayat. Amin...
GUBAHAN HANTARAN PINK- SILVER
Tema warna pink-silver telah dipilih sendiri oleh cik Asmah untuk mewarnai 7 set gubahan hantaran pertunangannya. Semua gubahannya digubah dalam bakul supaya senang nak dibawa kerana majlisnya akan berlangsung di Johor.
Inilah barang-barang yang hendak digubah. 1) Baju kemeja. 2) Coklat Cadbury. 3) Perfume. 4) Kain tenun (pelekat). 5) Sejadah & tasbih. 6) Selipar Esprit. 7) Bakul buah.
BAJU KEMEJA – Pasti tampan cik abang memakainya nanti
COKLAT CADBURY- Segak tak coklat ni dah pakai riben.
KAIN TENUN “AYAM SERAMA”- Kain pelekat keris melayu cap ayam serama , ok tak nama tu..
KOLEKSI PERFUME ADIDAS - Emm... wangi
SEJADAH DAN TASBIH - Semoga tenang jiwa
SEPASANG SELIPAR ESPRIT - Selesanya..
BAKUL BUAH - Buahnya tak beli lagi..
Kak nin harap asmah puas hati ye.. terima kasih banyak-banyak.