Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Jumaat, 19 Oktober 2012

Gubahan Hantaran Pertunangan Tema Purple Fresh Flower ( Izwan - Jalan Iskandar , Bukit Kapar ))

GUBAHAN HANTARAN PERTUNANGAN – TEMA PURPLE (FRESH FLOWER)
Dari IZWAN (JLN ISKANDAR-BUKIT KAPAR)

Gubahan hantaran yang ni pula dari pihak lelaki iaitu encik Izwan kepada cik Lina kita. Kalau cik adiknya nak warna pink, cik abang pula memilih  warna purple sebagai temanya. Memang sweet , macam orangnya...Dari pihak Izwan ada 9 dulang dan berbalas 11 dari pihak Lina. Semoga kalian berpuashati ye..

TERIMA KASIH & TAHNIAH buat kalian berdua. Semoga sentiasa mendapat rahmat Allah dan cepat-cepat ke jinjang pelamin.. Amiin...


GUBAHAN SIRIH JUNJUNG bersekali dengan 
tempat meletak cincin


 
SEPASANG  BAJU & KAIN TUDUNG 
confirm pakai masa nikah pastu bleh la buat beraya kan...kan.

Nak yang manis ke yang masam..pilih jer..


PERFUME & TOILETRIES


GUBAHAN COKLAT “CADBURY”


Untuk diisi kuih


GUBAHAN TELEKUNG, SEJADAH & BUKU ILMIAH


GUBAHAN TUALA. 
Apa tu..?..cendawan kot.