Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Selasa, 11 September 2012

Gubahan Hantaran - Cream & Gold ( Rudy - Bandar Klang )


GUBAHAN HANTARAN – CREAM & GOLD
(RUDY – BANDAR KLANG)

Terima kasih banyak-banyak kepada encik Rudy kerana memberi kepercayaan penuh kepada  Kaknin untuk menyediakan gubahan hantaran untuk majlis pernikahannya. Encik Rudy telah memilih warna emas sebagai warna temanya. Namun  Kaknin telah kombinasikan warna emas dan sedikit warna krim agar tampak lebih manis. Encik Rudy telah menghadiahkan 9 dulang hantaran khas buat suri pilihannya

GUBAHAN SIRIH JUNJUNG & DUIT MASKAHWIN

TIGA DALAM SATU – sangat istimewa. Khas untuk meletakkan seutas rantai tangan, sebentuk cincin dan duit hantaran.

 GUBAHAN TELEKUNG – sediakan payung sebelum hujan

BEG TANGAN

SEPASANG KASUT & TAS TANGAN

GUBAHAN KAIN PASANG & KAIN TUDUNG

HARUM MEWANGI

WAH.!. COKLAT EMAS

TAHNIAH.!. dan TERIMA KASIH ye Rudy. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH swt. Amin...