Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Isnin, 12 Disember 2011

Gubahan Hantaran Pink , Purple & Biru ( Hana - TTDI , Shah Alam )

-->
GUBAHAN HANTARAN PINK , PURPLE & BIRU
Gabungan warna biru, pink dan purple pula telah menjadi pilihan Cikgu Hana untuk menghiasi gubahan hantarannya kepada  Cikgu Hafizi . Sebelas dulang semuanya. Kak nin harap kalian berdua berpuas hati dengan hasilnya ye. Semoga dimurahkan rezeki , dipermudahkan segala impian dan berkekalan hingga akhir hayat.
Antara barang-barang yang telah kak nin gubah.
1)   Sirih junjung
2)   Dinar Emas & tempat meletak cincin perkahwinan
3)   Sehelai kain sampin & kain pasang
4)   Perfume (Dashing)
5)   Baju kemeja batik
6)   PSP & handphone (Samsung)
7)   Sejadah & buku-buku
8)   Sepasang kasut , dompet & talipinggang.
9)   Coklat Cadbury
10) Sebakul buah
11) Bunga dulang penghias kotak kek
 
-->
Sirih Junjung - " Berbalas adat "

 
-->Dinar Emas & Cincin perkahwinan - " Tanda kasih dan terima kasih buat cik abang "

-->Kain sampin jadi tanjak, beralas pulak dengan baju melayu. ( Boleh ke ayat tu! )

 
-->Koleksi Perfume Dashing
-->Baju Kemeja Batik

 
-->PSP & Hanphone - Mengisi masa lapang. Ye.. ke...?

 
-->Sejadah dan Buku – Satu kewajipan dalam ibadat.

 Sepasang kasut, Wallet & Belt -  Yang hitam itu menawan.

 
-->Semanis kasih coklat Cadbury

-->Buah tangan, jangan lupa..! 


2 ulasan:

Miss Sunshine berkata...

Kak Nin..... terima kasih banyak-banyak sebab buatkan gubahan hantaran yang cun melecun.... hana suuuuuuuuuuakkkaaaaaaaaaaaaaa sangat2.....

kak nin sangat kreatif... dan yang paling best.. boleh ikut bajet kita... terima kasih kak nin!

ira berkata...

bole tak emel saya quatation akk kalo saya nak tempah dulang hantran?