Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa

" Seperti orang lain, segalanya bermula dari minat dan hobi. Suka melihat gubahan-gubahan dan jambangan-jambangan bunga yang cantik terutamanya di kedai-kedai bunga dan buku-buku. Tak kiralah bunga tiruan atau bunga-bunga segar. Saya boleh menghabiskan berjam-jam merenung bunga-bunga sambil mengkagumi kebesaran Allah Maha Pencipta. Pada saya itu terapi yang baik untuk kita bermuhasabah diri. Jiwa akan lebih tenang dan minda menjadi lebih sihat. Tak percaya cubalah!!.."

kak Nin - Gubahan Hantaran " Hanya Yang Istimewa Buat Yang Teristimewa "

Selasa, 28 Jun 2011

Gubahan Hantaran ' HITAM SILVER '

Untuk gubahan hantaran ni kaknin cuba menggabungkan warna yang agak kontra. Semuanya atas permintaan encik shah sendiri yang mahu gubahan hantarannya kelihatan warna –warni tetapi mahu dipadankan dengan bunga dulang bertemakan hitam silver dari salah satu koleksi bunga dulang dari sentuhan nin’s (kod no: BDHS-5LC). Setelah digubah maka terhasillah gubahan –gubahan kat bawah tu. Semuanya 7 dulang.



Antara barang yang digubah:
1) Sirih junjung
2) Bekas cincin
3) Kain pasang
4) Coklat
5) Buah
6) Bekas kuih
7) Bunga dulang(penghias kotak kek)


" Sirih Junjung Penyeri Adat "


" Bekas Cincin Tanda Pertunangan "


" Kebaya Biru pasti manis di Hari Raya "


" Mahkota Coklat Shah ...emm yummy! "


" Warna-warni Buah Sebakul..harap cik Shah puas hati ye "


" Bekas Berbunga Khas untuk diisi kueh raya kata nye "

1 ulasan:

shaizhar berkata...

Terima Kasih Kak Nin. Sangat berpuas hati. Kalau utk nikah nanti nak ambik yg bunga stokin harga rm20 boleh? sebab dulangnya 9. Nanti apa2 saya bagi tahu ye. Insya-Allah dlm bukan nov ni.